Hari ini 20/9/2010 merupakan hari pertama sy mula bertugas di tempat baru.lain rasanya keadaan disini..sunyi..tidak seperti diKTD dulu..riuh dengan suara pelajar, gelak tawa pelajar, bual mesra kawan-kawan..semua tiada lagi...tiada lagi liqa' pada hari isnin..tiada lagi suasana tarbiyah untuk diri yang sentisa perlu diberi peringatan..sayu hati ini..sungguhpun sudah 2 minggu meninggalkan KTD..hati ku masih bersisa dengan kesedihan dan kerinduan yang amat pada KTD...rindu utk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar yang semuanya baik-baik dan menyenangkan hatiku..rindu pada housemate ku yang sentiasa menbuatkan aku gembira..rindu pada kawan-kawan yang banyak menolong dan menjadi peneman dikala diriku berjauhan dengan keluarga dan suami...
sungguhpun begitu...syukur kepada Allah kerana memakbulkan doaku untuk tinggal bersama suami..Alhamdulillah..semoga Allah terus memegang hati ini untuk menggapai rahmatnya..semoga Allah memberkati kerja ku, dan seluruh kehidupan ku, semoga Allah sentiasa melindungi diriku dan keluargaku dr segala kejahatan dan keburukan..
selama lebih kurang 3 bulan Allah menguji diriku berada berjauhan dengan suami..hanya Allah sahaja yang menegtahui ape yang tersirat dihatiku...
duhai kawan-kawan yang diuji seperti mana diriku...bersabarlah..kerana yakinlah bahawa Allah Maha Mendengar luahan hati hamba-hambanya..Allah Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk diri kita...
Allah mengira usaha dan doa tangis kita..ujian yang diberikan adalah tanda kasih sayang Allah terhadap diri kita...syukur kepada Allah...



No comments:
Post a Comment